Iklan Atas

Mengapa Syiling RM1 Ditarik Daripada Edaran? Ini Penjelasan Sebenar

 

Ada yang bertanya kepada kami, bilakah syiling RM1 ditarik daripada edaran? Benarkah syiling tersebut ditarik balik kerana terdapat banyak syiling palsu dalam edaran pada ketika itu?

Syiling RM1

Syiling emas RM1 tidak lagi sah diperlakukan mulai 6 Disember 2005. Bank Negara Malaysia telah menarik balik syiling tersebut daripada edaran dalam tempoh tiga bulan, bermula 7 September 2005 hingga 6 Disember 2005.

Berhubung dakwaan mengenai "syiling palsu", berdasarkan siaran akhbar Bank Negara Malaysia pada September 2005, dinyatakan bahawa "terdapat beberapa kes terpencil mengenai pemalsuan duit syiling RM1, namun ia tidak melibatkan jumlah yang besar."

Ini bermakna, walaupun memang wujud kes pemalsuan syiling RM1, Bank Negara Malaysia menjelaskan bahawa jumlahnya adalah kecil dan bukan melibatkan pemalsuan secara meluas.

Namun, jika anda membuat carian mengenai duit syiling palsu 1 Ringgit, untuk tahun 2005 sahaja, ada banyak kes yang melibatkan sindiket membuat duit syiling palsu tersebut yang berjaya di lumpuhkan oleh pihak polis:

 

·         22 Januari 2005: Polis Klang menahan tiga orang yang disyaki anggota sindiket menghasilkan syiling palsu RM1 yang telah dijual dengan harga antara RM60 dan RM70 untuk 100 keping.

 

·         Polis turut menemui 4,500 syiling RM1 palsu dalam besen di dalam tandas sebuah rumah yang disewa oleh suspek dan 5,000 syiling lain dalam kereta mereka. Sebuah mesin timbang dan RM5,250 turut dirampas.

 

·         24 Mac 2005: Polis menumpaskan sindiket penempaan syiling RM1 dan menjual syiling itu pada harga 70 sen setiap satu. Dalam serbuan di Taman Permai Puchong, polis menahan seorang dari Sarawak berusia 20 tahun dan merampas 1,000 syiling RM1 yang baru dicetak, pada ketika itu suspek sedang 'memasak' syiling itu dalam minyak panas untuk membuatkan ianya kelihatan seperti pernah digunakan. Polis turut merampas 10,000 kepingan besi yang telah dipotong menyerupai syiling RM1. Mesin tekanan hidraulik, mesin kimpalan dan beberapa acuan duit syiling turut dirampas.

 

·         23 Julai 2005: Kaki judi berusia 40 tahun dari Rawang ditahan di Genting Highlands kerana memiliki sejumlah 204 keping syiling RM1 palsu apabila dia hendak memasuki kasino tersebut. Jabatan Jenayah Komersial Negeri, Deputi Superintendan Yahya Othman berkata penjudi telah menimbulkan syak wasangka pengawal kasino dengan membawa sejumlah besar syiling. Siasatan awal mendapati lelaki itu telah membeli syiling palsu daripada sindiket dengan harga RM70 untuk 100 syiling.


·         19 Oktober 2005: Seorang lelaki telah ditahan di Pulau Pinang kerana cuba untuk menukar sejumlah RM5,000 duit syiling palsu di cawangan Bank Negara Malaysia Pulau Pinang. Berikutan itu, polis menjalankan siasatan dan berjaya menahan rakannya yang menunggu di kereta bersama 4,000 keping syiling palsu. Kesemua mereka kemudiannya membawa polis ke sebuah rumah di Teluk Bahang, dimana lebih 20 guni syiling dirampas. Sejumlah RM29,000 duit syiling palsu RM1 dirampas dan empat orang lelaki ditahan di empat kawasan berasingan.

 

·         8 November 2005: "Kilang Wang" haram yang menghasilkan beribu duit syiling RM1 palsu disita di Klang oleh Polis dengan empat orang lelaki berusia 20 sehingga 40 tahun ditahan bersama-sama dengan lebih dari 50,000 keping duit syiling RM1. Polis juga memberitahu, kes tersebut ada kaitan dengan kaki judi yang ditahan di Genting Highlands.

 

Sumber: The Star, Malay Mail

0 Response to "Mengapa Syiling RM1 Ditarik Daripada Edaran? Ini Penjelasan Sebenar"

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel